Tangan kebas tanda penyakit apa sebenarnya ya?
Pokdi tahu anda dah terbiasa dengar mengenai carpal tunnel syndrome (CTS).
Rasa kebas tangan adalah simptom biasa penyakit tersebut.
Namun, penyakit ini bukanlah biasa-biasa dan boleh diabaikan macam tu je.
Apa yang Pokdi nak anda semua tahu, CTS bukanlah satu-satunya penyakit yang berkaitan kebas tangan.
Terdapat sebab-sebab lain yang berpotensi seperti apa yang Pokdi senaraikan dibawah.

Dah nampak macam doktor betul dah Pokdi. Siap masuk gambar rajah.


Baca Juga : Punca Tangan Kebas Yang Ramai Tak Tahu
Tangan Kebas Tanda Penyakit Apa?
1. Compression Neuropathy

Ia merupakan tekanan pada saraf di mana sahaja sepanjang kawasan seperti dalam Rajah 1 yang Pokdi kongsikan tadi.
Selain rasa kebas, ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah atau berkedut.
Tekanan ini boleh berpunca daripada banyak punca:
- Berlaku selepas kecederaan akibat pendarahan atau bengkak.
- Kesan daripada terseliuh atau keretakan bersudut. Ia boleh mengakibatkan otot merenggang.
- Lapisan tendon yang akan menebal di ruang yang tertutup, dan tekanan saraf akan meningkat.
- Fascia adalah struktur di bawah lapisan lemak yang merangkumi otot dan tendon. Ada ketikanya bahagian tepi fascia atau tendon yang menebal dapat menekan saraf.
- Otot yang tidak normal juga boleh menyebabkan tekanan.
- Jisim tisu lembut atau ganglion cyst juga boleh mengakibatkan mampatan pada saraf.
Dari sini, anda boleh tanyakan tangan kebas tanda penyakit apa lagi sebab Pokdi nak kongsi beberapa penyakit lagi yang boleh menjadi punca daripada mampatan saraf ini.
2. Mampatan saraf ulnar di pergelangan tangan (Sindrom Guyon)

Menurut apa yang Pokdi pernah baca, ia akan menyebabkan rasa kebas dan mencucuk seperti digigit semut.
Ia biasanya berlaku di bahagian jari kelingking tangan.
Bahagian belakang tangan pula biasanya akan rasa normal seperti biasa dan tidak terkesan.
Bagi kes yang teruk, ia boleh menyebabkan rasa lemah pada tangan dan rasa lemah ketika mencengkam.
Rasa lemah yang paling ketara adalah ketika cuba memisahkan jari.
Keupayaan untuk membengkokkan jari manis dan kelingking tetap ada seperti biasa.
3. Mampatan saraf ulnar di siku (Cubital Tunnel Syndrome)

Keadaan ini biasanya mempunyai simptom yang sama dengan Guyon Syndrome.
Tetapi anda juga akan merasa kebas pada bahagian belakang tangan pada bahagian jari kelingking.
Akan ada juga rasa sakit di bahagian dalam siku.
Bagi kes yang teruk pula boleh menyebabkan tangan dan cengkaman menjadi lemah.
Rasa lemah tersebut akan ketara ketika anda:
- Cuba memisahkan jari
- Bengkokkan jari manis dan jari kelingking
- Membengkok pergelangan tangan
4. Mampatan saraf radial di lengan bawah atau pergelangan tangan

Mampatan saraf radial pula boleh berlaku pada mana-mana bahagian lengan.
Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit atau kesakitan yang tidak terlalu ketara pada bahagian belakang bawah lengan.
Ia akan bertambah sakit ketika anda cuba untuk meluruskan pergelangan tangan atau jari.
Selain itu, ia juga sukar untuk didiagnosis, kerana hasil pemeriksaan akan menunjukkan saraf anda kelihatan normal.
Apabila cabang saraf radial terasa seperti ditekan, biasanya ia hanyalah melibatkan masalah deria.
Saraf radial ini boleh tercedera akibat luka, penempatan IV untuk ubat atau cairan, sewaktu digari, atau semasa pembedahan pada tulang radial.
5. Mampatan saraf median di pergelangan tangan (Carpal Tunnel Syndrome)

Ia akan menyebabkan rasa kebas dan mencucuk di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah.
Jari-jari lain dan juga seluruh tangan juga kadangkala akan terasa kebas.
Namun, apabila kajian dilakukan dengan lebih teliti, jari kelingking biasanya akan kekal rasa seperti biasa.
Dalam kes-kes yang teruk pula, ia boleh mengakibatkan rasa lemah atau lembik pada ibu jari sewaktu anda cuba mengangkatnya.
Keupayaan untuk melentur atau membengkokkan jari pula masih seperti biasa dan tidak terkesan.
Simptom ini biasanya akan menjadi lebih teruk pada waktu malam.
Ia juga boleh terjadi kesan daripada pergelangan tangan yang dibengkokkan terlalu lama.
6. Tekanan pada saraf di leher (Rajah 2-3)

Ia pula boleh disebabkan oleh artritis, penyakit, jangkitan, tumor, saluran darah yang abnormal dan keadaan saraf tunjang yang lain.
Selain rasa kebas, simptom lain yang mungkin ada adalah otot yang berasa lemah dan tahap refleks di lengan dan bawah lengan yang semakin teruk.
Kadang-kadang ia juga berlaku di bahagian kaki.
Tanda Kebas Tanda Penyakit Apa Lagi Sebenarnya?

Ada beberapa lagi penyakit lain yang anda boleh kaitkan setiap kali anda tertanya-tanya mengenai tangan kebas tanda penyakit apa lagi.
Antaranya adalah:
- Peripheral Neuropathy
- Fibromyalgia
- Myofascial Pain Syndrome
- Ubat-ubatan
Jangan risau. Biasanya kalau orang tanya Pokdi tangan kebas tanda penyakit apa, Pokdi akan suruh mereka baca artikel di blog Pokdi ni.
Bukan apa, Pokdi sebenarnya termasuk dalam kategori orang yang suka membaca dan Pokdi juga ada ramai kawan-kawan yang bergelar doktor.
Setiap perkongsian Pokdi, Pokdi akan tanya dulu kesahihan daripada kawan-kawan doktor Pokdi.
Pokdi bukan sekadar tanya tangan kebas tanda penyakit apa, Pokdi siap tanyakan sama cara rawatan terbaik untuk masalah kebas tangan ni.
Sebab tu Pokdi berani nak recommend produk Garci Pro kalau anda ada masalah kebas tangan.
