Senaman Hilangkan Kebas Tangan

Senaman hilangkan kebas tangan bersama Pokdi!

Haa.. Jangan main-main ye. Sikit hari lagi Pokdi boleh buat segmen senaman sendiri dah rasanya ni.

Pokdi selalu juga alami masalah kebas tangan dan kebas kaki ni.

Senaman Hilangkan Kebas Tangan

Maklumlah umur-umur macam Pokdi ni macam-macam penyakit ada.

Kawan-kawan Pokdi pun sama.

So, Pokdi ada juga terlintas, ada tak senaman hilangkan kebas tangan ni?

Terus Pokdi lakukan pembacaan dan kajian sendiri sebelum Pokdi tanyakan kawan-kawan doktor Pokdi.

Rupanya memang ada senaman hilangkan kebas tangan ni.

Jom. Pokdi nak kongsi dengan anda senaman apa yang anda boleh buat kalau anda ada penyakit kebas tangan.

Punca Kebas Tangan – Aliran Darah

Senaman Hilangkan Kebas Tangan

Bila anda kurang bersenam, aliran darah dalam badan akan ada sedikit masalah.

Punca kebas kaki dan punca kebas tangan juga boleh disebabkan oleh aliran darah ini.

Sebab itu ada yang mencadangkan cara menghilangkan kebas kaki dan tangan dengan cara mengubah gaya hidup ke arah gaya hidup lebih aktif.

Pokdi dulu pun cukup payah nak bersenam.

Tapi, menerusi bacaan yang Pokdi buat, at least dalam sejam tu kita kena bergerak.

Ini fakta ye. Bila kita duduk dalam tempoh masa lebih daripada satu jam, otot-otot badan kita akan menjadi ketat.

Ia juga akan menambah tekanan pada urat dan salur darah.

Saluran darah badan kita berfungsi menerusi sistem tekanan tinggi ke tekanan rendah.

Darah dipam oleh jantung ke seluruh badan juga dengan menggunakan sistem yang sama.

Senaman Hilangkan Kebas Tangan

Aliran darah pada bahagian kaki dan tangan mempunyai tekanan yang paling rendah.

Sebab itulah dua kawasan tersebut akan menjadi kawasan utama kalau anda berasa kebas.

Selesai mukadimah daripada Pokdi. Sekarang baru kita masuk ke segmen Senaman Hilangkan Kebas Tangan Bersama Pokdi!

*Pokdi serius nak buat segmen ni nanti*

Hamstring Stretch

Kalau tak mampu, buat macam ni pun boleh.

Hamstring ni merupakan otot yang berada pada bahagian belakang kaki.

Ia terbentuk daripada empat otot yang membantu untuk:

  • Membengkokkan lutut
  • Menarik pinggul ke belakang

Otot-otot ini akan menjadi sangat tegang sewaktu anda duduk.

Sebab itulah ia perlu diregangkan.

Caranya mudah saja. Baring dan angkat kaki anda ke depan sehingga anda rasakan regangan daripada kawasan pinggul ke bawah sehinggalah ke belakang kaki dan lutut.

Tahan sehingga satu minit dan ulang pada kaki sebelah lagi.

Lakukan dua kali untuk setiap kaki.

Piriformis Stretch

Piriformis pula adalah bahagian sekumpulan otot yang terlibat sewaktu anda memusingkan badan anda.

Urat skiatik yang ada pada otot ini dan boleh mengakibatkan rasa kebas dan mencucuk pada keseluruhan kaki apabila terlalu ketat.

Baringkan badan anda dan bawa lutut anda ke arah yang berlawanan dengan bahu anda sehingga anda merasa regangan pada bahagian belakang pinggul anda.

Tahan selama seminit dan lakukan dua kali pada setiap kaki.

Senaman Hilangkan Kebas TanganPectoralis Stretch

Buat macam ni pun mudah.

Otot pectoralis akan menjadi ketat jika postur duduk anda salah.

Ia akan mengakibatkan mampatan pada urat auksiliari yang menghala ke arah lengan dan tangan.

Angkat tangan anda separas bahu dan biarkan tangan anda seperti dalam gambar diatas untuk rasakan regangan pada bahagian dada anda.

Tahan selama 30 saat dan ulang sebanyak dua kali

Squats

Favourite Pokdi yang ni.

Ia sangat membantu untuk menguatkan pinggul dan kaki anda.

Ia juga mampu meningkatkan kapasiti berdiri dan berjalan anda.

Berdiri dengan kedua-dua kaki anda jaraknya seluas bahu.

Bengkok perlahan-lahan sehingga ke posisi seperti didalam gambar.

Postur ini akan membantu anda untuk menyeragamkan beban pada pinggul dan kaki untuk mengelakkan sakit lutut.

Waiter Tips

Ia merupakan postur senaman yang menggunakan otot scapular dan rotator cuff untuk mengurangkan rasa ketat pada dada.

Selain itu, ia juga akan membantu membetulkan postur duduk anda.

Fuh. Hebat Pokdi jadi instructor senaman hari ini.

Sebenarnya ia sangatlah penting untuk anda meregangkan badan dan melakukan senaman.

Tujuannya senaman hilangkan kebas tangan dan kaki ini tidak lain dan tidak bukan untuk kesihatan dan keselesaan anda juga.

Mengaku je bila kebas tangan atau kebas kaki, anda akan rasa sangat tak selesa.

Pokdi dulu pun macam tu.

Nasib baik tak moody je. Pokdi kan cool.

Tapi kawan-kawan Pokdi ada yang sampai stress sebab selalu sangat kebas tangan dan kebas kaki.

Bukan setakat cadangkan mereka untuk lakukan senaman hilangkan kebas tangan dan kaki, Pokdi siap carikan produk yang sesuai untuk diorang.

Rasanya itu sahaja perkongsian daripada Pokdi untuk kali ini. Semoga ia memberikan banyak manfaat kepada anda.

Jangan lupa untuk baca perkongsian lain daripada Pokdi.

Similar Posts