Punca tangan kebas boleh jadi sama atau berbeza untuk setiap orang.
Pokdi sendiri pernah lalui masalah tangan kebas ni.

Tapi, masalah tu dah setel sebab Pokdi ada jumpa cara menghilangkan kebas tangan yang terbaik untuk Pokdi.
Anda kena baca dulu untuk tahu apa punca tangan kebas anda.
Hujung nanti Pokdi kongsi cara Pokdi hilangkan kebas tangan Pokdi. Okay?
Apa Punca Kebas Tangan?

Kalau nak sebut punca tangan kebas ni, ada banyak sangat.
Antaranya adalah:
1. Carpal Tunnel Syndrome

Jangan terkejut atau terkebil-kebil nak baca nama masalah ini.
Cukup untuk anda faham apa simptom yang ada.
Masalah ini disebabkan oleh tekanan pada saraf median iaitu saluran sempit pada bahagian depan pergelangan tangan anda.
Apabila tekanan ini berlaku, anda akan mula rasa mencucuk atau kebas tangan.
Ada juga keadaan dimana genggaman anda akan menjadi lebih lemah dari biasa.
Punca dia? Berdasarkan apa yang Pokdi baca, ia disebabkan oleh pergerakan tangan yang berulang seperti menaip.
2. Cervical Spondylosis

Masalah ini pula disebabkan oleh pergerakan yang menghaus dan menghakis pada spinal disks didalam tengkuk anda.
Ia seiring dengan faktor usia.
Selain itu, ia juga akan menjadi punca atau tanda osteoarthritis, seperti serpihan tulang atau bengkak.
Kedua-duanya akan mengakibatkan ruang didalam cervical spine anda menyempit.
Ia sekaligus akan menambah tekanan pada saraf atau spinal cord dan mengakibatkan rasa kebas dan mencucuk pada lengan dan tangan.
Menurut apa yang Pokdi baca, ia juga boleh mengakibatkan kebas-kebas pada kaki dan sakit tengkuk.
3. Thoracic outlet syndrome (TOS)

Punca tangan kebas seterusnya yang Pokdi nak kongsi adalah TOS yang merupakan masalah yang akan berlaku apabila urat atau salur darah di bahagian bawah tengkuk dan bahagian atas dada tidak selesa, cedera atau termampat.
Simptom utama masalah ini adalah rasa kebas pada:
- Lengan
- Tangan
- Jari
4. Peripheral neuropathy (kerosakan saraf)

Punca tangan kebas juga boleh berpunca daripada masalah ini.
Ia merupakan satu keadaan yang melibatkan kerosakan pada peripheral nervous system yang menerima dan menghantar isyarat diantara central nervous system dan keseluruhan badan anda.
Wow. Bunyi macam hebat kan explaination Pokdi? Hahaha
Bukan apa. Pokdi suka membaca dan Pokdi suka berkongsi.
Simptom ini pula akan berbeza bergantung kepada saraf yang terkesan seperti:
- Rasa mencucuk-cucuk
- Rasa kebas
- Kesakitan yang mencucuk dan tajam
- Rasa berdengung
5. Punca Tangan Kebas : Kencing Manis

Kalau dalam istilah perubatan, ia lebih dikenali sebagai diabetes mellitus.
Masalah ni kalau Pokdi tak cakap pun anda semua mesti tahu yang ramai sangat orang ada.
Ia merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula dalam darah yang sangat tinggi.
Bila badan anda tak dapat bertindak balas secara efektif dengan insulin atau penghasilan insulin tak cukup, anda akan mengalami kencing manis.
Kalau ikut kajian, hampir separuh daripada penghidap penyakit kencing manis ni akan mengalami masalah kerosakan saraf yang akan mengakibatkan rasa sakit, kebas dan rasa lembik pada tangan.
6. Punca Tangan Kebas : Postur Tidur

Pokdi selalu sangat rasa kebas tangan sebab salah postur masa tidur.
Biasanya Pokdi akan tertindih tangan masa tidur. Entah masa bila boleh tertindih pun Pokdi tak perasan.
Salah postur tidur akan jadi punca tangan kebas bila aliran darah tersekat dan akan mengakibatkan rasa kebas atau rasa mencucuk-cucuk.
Biasanya dapat selesai segera kalau Pokdi ubah posisi tidur.
Tapi, kalau tak berkesan, Pokdi akan terus guna Garci Pro.
Garci Pro ni memang sangat mujarab la untuk Pokdi.
Sebab tu Pokdi recommend dekat kawan-kawan Pokdi untuk try guna.
