Punca Kebas Tangan

Punca kebas tangan boleh jadi banyak sebab, dari kerosakan saraf hingga masalah peredaran darah.

Berdasarkan apa yang Pokdi tahu, ia boleh menjadi masalah ringan, sementara atau menjadi simptom kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

So, dalam perkongsian kali ni Pokdi nak share punca kebas tangan yang anda perlu tahu.

Apa Sebenarnya Masalah Kebas Tangan?

Punca Kebas Tangan

Kebas tangan adalah rasa tidak selesa atau rasa mencucuk yang boleh menjadi gejala lebih serius terhadap golongan tertentu.

Ia juga disebut sebagai paresthesia.

Apa Punca Kebas Tangan Sebenarnya?

Punca Kebas Tangan

Ia boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor, dari keadaan ringan, sementara sehingga kepada masalah kesihatan yang serius. 

Penyebab yang biasa berlaku adalah kerosakan atau kemampatan saraf pada tangan.

Antara punca kebas tangan yang lain adalah:

  • Kerosakan saraf pada tangan, lengan atau leher.
  • Herniated disc  yang memberi tekanan pada saraf tunjang.
  • Tekanan saraf disebabkan oleh tumor, jangkitan atau salur darah  yang mengembang.
  • Kayap
  • Jangkitan herpes
  • Carpal tunnel syndrome, adalah keadaan biasa dimana tekanan diberikan pada saraf pergelangan tangan. Simptom ini sering memberi kesan kepada mereka yang menggunakan tangan dan pergelangan tangan seperti menaip.
  • Pengerasan arteri yang menyebabkan kekurangan darah pada Kawasan tersebut.
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan  diabetis.
  • Stroke
  • Migrain / sakit kepala.
  • Tiroid yang tidak aktif.
  • Raynaud’s Syndrome menyebabkan kekejangan arteri yang mengurangkan aliran darah kepada tangan.
  • Gigitan binatang atau serangga.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Kekurangan Vitamin B12
  • Tahap calsium,potassium atau sodium yang tidak normal.
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan
  • Vasculitis
  • Penyakit Lyme

Anda Ada Punca Kebas Tangan Diatas?

Kalau punca atau simptom berterusan, Pokdi sarankan anda segera mendapat rawatan daripada doktor. 

Sebabnya Pokdi bimbang ia menjadi tanda keadaan masalah kesihatan yang serius.

Sangat penting untuk anda dapatkan rawatan segera sekiranya gejala ini berlaku seperti perkara berikut:

  • Berasa kebas pada mana-mana anggota badan
  • Lumpuh
  • Kekeliruan
  • Berasa pening kepala
  • Ucapan yang tidak jelas
  • Hilang kawalan pada usus atau pundi kencing
  • Ruam pada badan.

Rawatan Apa Yang Doktor Akan Bagi?

Pegawai perubatan  akan memulakan pemeriksaaan dengan bertanya sejarah perubatan pesakit bagi menentukan jangka masa punca dan kemungkinan simptom yang lain.

Doktor mungkin akan melakukan beberapa ujian untuk menentukan sebab berlakunya kebas tangan termasuk:

  • Kiraan darah dalam badan
  • Ujian fungsi tiroid
  • Ujian tahap vitamin
  • Laporan toksikologi dalam badan
  • Ujian tahap elektrolit
Punca Kebas Tangan
Ujian Fungsi Thyroid

Beberapa ujian lain turut dilakukan untuk mengesahkan atau kewujudan penyakit serius seperti tumor dan strok.

Ini termasuk pemeriksaan :

  • CT scan  untuk kepala dan tulang belakang
  • MRI untuk kepala dan tulang belakang
  • Ultrasound  untuk saluran leher
  • X-rays
  • Angiogram untuk melihat bahagian dalam saluran darah yang tersumbat.
  • Lumber Puncture  untuk memeriksa gangguan sistem saraf pada anggota badan.
  • Electromyography  untuk memeriksa rangsangan pada badan anda.

Setelah laporan kesihatan anda terhadap punca kebas tangan diperolehi, doktor akan menentukan kaedah rawatan yang terbaik untuk merawat keadaan simptom yang pesakit alami.

Kalau dulu, Pokdi lebih prefer untuk amalkan Garci Pro setiap kali Pokdi ada masalah kebas tangan ni.

Punca kebas tangan Pokdi biasanya bukanlah punca yang terlalu serius.

Biasanya kalau kawan-kawan Pokdi tanya, Pokdi akan tengok dulu apa punca mereka.

Kalau punca kebas tangan tu yang biasa-biasa, Pokdi akan recommend Garci Pro.

Similar Posts