Punca Kaki Kebas

Punca kaki kebas ni sebenarnya disebabkan oleh apa?

Mesti anda sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya yang menjadi punca kaki kebas kan?

Kaki kebas atau kebas kaki adalah keadaan abnormal yang membuatkan anda kehilangan sensasi atau rasa pada kaki.

Jika rasa kaki kebas tersebut pada sebelah kaki, ia dikenali sebagai unilateral.

Untuk kebas pada kedua-dua belah kaki pula ia dikenali sebagai bilateral.

Bahaya atau tidak sebenarnya kebas kaki ni?

Jom baca perkongsian daripada Pokdi kali ini.

Punca Kebas Kaki

Punca Kaki Kebas

Kebas kaki biasanya disebabkan oleh kekurangan bekalan darah pada sesetengah kawasan.

Ia juga boleh disebabkan oleh kerosakan saraf.

Ada beberapa punca lain yang anda perlu tahu seperti:

  • Jangkitan
  • Keradangan
  • Trauma
  • Ketumbuhan
  • Proses abnormal

Ada sesetengah kes, ia disebabkan oleh kerosakan saraf atau penyakit.

Kebanyakan kes kebas kaki ini bukanlah dalam kategori yang mengancam nyawa.

Namun, ada juga yang turut berlaku bersama-sama dengan strok dan juga tumor.

Dengar pun dah seram kan? Pokdi pun selalu nasihatkan kawan-kawan Pokdi.

Punca Kaki Kebas

Tapi tu la. Ada yang dengar dan ada yang tak.

Nasib baik anda sudi baca perkongsian Pokdi ni.

Punca kebas kaki juga sering dikaitkan atau berlaku dalam keadaan sakit yang mencucuk-cucuk.

Kadang-kadang ada rasa seperti keradangan.

Kedua-duanya dikenali sebagai paresthesias.

Kebas kaki yang sebenarnya adalah kehilangan deria rasa. 

Lumpuh pula melibatkan kehilangan kawalan terhadap pergerakan berserta atau tanpa kehilangan deria rasa pada kawasan yang lumpuh tersebut.

Punca Kaki Kebas

Bergantung kepada punca kebas kaki, kehilangan sensasi tersebut dapat dihilangkan sesegera yang mungkin.

Antara yang mudah untuk kembali lega adalah jika kebas kaki disebakan oleh duduk yang terlalu lama.

Punca kebas kaki tersebut boleh dihilangkan dengan menggerakkan kaki anda sahaja.

Tapi, Pokdi ada terbaca punca kebas kaki kronik biasanya dikaitkan dengan kerosakan pada saraf.

Kebas kaki juga biasanya akan menjadi lebih teruk pada waktu malam yang mana merupakan simptom biasa bagi paresthesias juga.

Disebabkan punca kebas kaki ini boleh jadi simptom kepada penyakit lain, Pokdi sarankan anda untuk segera mendapatkan rawatan.

Apa Sebenarnya Punca Kaki Kebas?

Punca Kaki Kebas

Kaki kebas biasanya disebabkan oleh kekurangan bekalan darah pada kawasan tertentu atau kerosakan saraf.

Ia juga boleh menjadi tanda kepada penyakit lain yang anda mungkin ada.

Baca Juga : Tangan Kebas Tanda Penyakit Apa – Cegah Sebelum Terlambat

Penyakit-penyakit yang berkaitan berkemungkinan besar menghalang aliran darah atau menyebabkan kerosakan pada saraf anda.

Kebas kaki sementara boleh berlaku selepas tekanan yang lama pada saraf seperti memakai kasut yang ketat.

Keadaan kebas kaki juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah ortopedik atau aliran darah yang sederhana atau serius.

Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada ketidakstabilan atau penyakit yang merosakkan sistem saraf.

Dalam sesetengah kes, rasa kebas kaki dan kebas tangan juga merupakan simptom kepada masalah yang mampu mengancam nyawa.

Sebab itulah Pokdi sangat sarankan anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera sebelum ia semakin parah.

Tak kisahlah jika rasa kebas tersebut berlaku pada salah satu atau kedua-dua belah kaki, doktor biasanya akan dapat tahu apa punca kebas kaki anda.

Sebagai contoh, kebas pada sebelah kaki mungkin disebabkan oleh mampatan saraf pada bahagian bawah tulang belakang anda.

Manakala kebas kaki pada kedua-dua belah kaki mungkin disebabkan oleh penyakit sistemik.

Penyakit ini akan memberikan kesan terhadap beberapa anggota badan yang lain juga.

Punca Kebas Kaki – Aliran Darah

Kaki kebas juga boleh berpunca daripada aliran darah yang tidak lancar ke kawasan yang terlibat.

Aliran darah yang tidak lancar ini mungkin disebabkan oleh:

  • Arteriovenous malformation yang menyebabkan arteri dan urat bersimpul
  • Buerger’s disease rasa keradangan akut dan arteri dan urat yang tersumbat
  • Deep vein thrombosis yang menyebabkan darah beku yang berketul yang boleh bergerak dari kaki dan menyebabkan paru-paru tersumbat, sakit jantung atau strok.
  • Frostbite atau suhu yang terlampau sejuk
  • Peripheral artery disease yang menyempitkan arteri disebabkan oleh pengumpulan lemak dan kolestrol pada dinding arteri yang menghadkan aliran darah.

Punca Kebas Kaki – Ortopedik

Punca Kaki Kebas

Kaki kebas juga boleh berpunca daripada masalah ortopedik yang sederhana atau serius yang mencederakan atau merosakkan saraf, termasuklah:

  • Kecederaan belakang
  • Keretakan tulang atau simen yang terlalu ketat
  • Tekanan pada saraf seperti duduk terlalu lama
  • Masalah hernia
  • Osteoporosis

Punca Kebas Kaki – Saraf

Punca Kaki Kebas

Kebas kaki juga boleh disebabkan oleh mampatan pada saraf atau kerosakan yang disebabkan oleh keadaan seperti:

  • Pengambilan alkohol
  • Diabetic neuropathy yang merosakkan saraf disebabkan oleh paras gula yang tinggi didalam darah disebabkan oleh diabetes
  • Keracunan logam berat seperti keracunan plumbum
  • Hypothyroidism
  • Sclerosis iaitu penyakit yang memberi kesan terhadap otak dan tulang belakang
  • Peripheral neuropathy ketidakstabilan urat peripheral
  • Kecederaan tulang belakang atau tumor
  • Strok
  • Systemic lupus erythematosus yang merupakan ketidakstabilan dimana tubuh sendiri yang menyerang sel dan tisu
  • Transverse myelitis yang merupakan ketidakstabilan neurologi yang mengakibatkan keradangan pada tulang belakang
  • Kekurangan vitamin B12

Baca Juga : Senaman Hilangkan Kebas Tangan – Jom Buat Sama-sama

Sekian sahaja perkongsian daripada Pokdi mengenai punca kebas kaki.

Sebenarnya Pokdi ada kongsi banyak lagi mengenai kebas tangan, kebas kaki dan cara menghilangkan kebas tangan.

Jadi, Pokdi nak jemput anda semua untuk baca perkongsian yang lain daripada Pokdi.

Jangan lupa juga untuk baca review ikhlas Pokdi berkenaan sebuah produk yang Pokdi sendiri amalkan untuk menghilangkan masalah kebas tangan dan kebas kaki ini.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts