Kebas Tangan Kiri

Kebas tangan kiri boleh terjadi dengan mudah disebabkan keadaan posisi sewaktu tidur dan juga kerana masalah serangan jantung.

Selain itu, terdapat pelbagai punca-punca lain yang boleh menjadi penyebab.

Punca-punca inilah yang Pokdi nak kongsikan dengan anda dalam artikel kali ini.

Kebas Tangan Kiri

Sebenarnya kan, punca-punca ini juga boleh menjadi penyebab terjadinya kebas tangan kanan.

Baca Juga : Kebas Tangan Kanan – Punca, Simptom & Rawatan

Rasa kebas tangan kiri yang sementara biasanya tidak menimbulkan sebarang kebimbangan.

Ia akan kembali normal dengan sendirinya.

Tapi, Pokdi suka untuk nasihatkan kalau keadaan tak jadi makin elok, segeralah untuk berjumpa dengan doktor.

Kebas Tangan Kiri : Bila Kena Jumpa Doktor?

Kawan doktor Pokdi ada pesan, kalau jadi seperti dibawah, tolonglah cepat-cepat dapatkan nasihat doktor sebelum terlambat:

  • Terasa sakit dan sesak pada bahagian dada
  • Sakit belakang, rahang atau bahu
  • Perubahan pada warna kulit
  • Bengkak atau terdapat jangkitan
  • Masalah pernafasan atau menelan
  • Rasa hendak pitam
  • Sakit kepala secara tiba-tiba
  • Kelumpuhan pada muka
  • Berasa loya dan muntah
  • Masalah keseimbangan sewaktu berdiri

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui punca-punca kebas tangan kiri.

Punca Kebas Tangan Kiri

1. Aliran darah bermasalah

Kebas Tangan Kiri

Permasalahan pada saluran darah akan mengganggu aliran darah pada bahagian lengan.

Vascular disorders mudah terjadi jika seseorang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.

Pokdi ada juga baca ia boleh disebabkan oleh kecederaan, tumor atau kecacatan lain.

Tambahan lain kepada permasalahan kebas dan rasa mencucuk pada lengan dan tangan ini, anda bakal mengalami:

  • Rasa sakit
  • Bengkak
  • Perubahan warna pada jari kuku dan tangan
  • Kesejukkan dan menggigil pada tangan

Rawatannya pula bergantung pada penyebab dan ia dapat dirawat menggunakan pressure wraps atau alat bantuan pembedahan untuk memperbaiki saluran darah yang terjejas. 

Baca Juga : Cara Menghilangkan Kebas Kaki dan Tangan – Anda Wajib Baca

2. Keretakan pada tulang

Kebas tangan kiri boleh terjadi kalau ada keretakan pada tulang.

Kesannya, anda akan mengalami rasa sakit dan bengkak.

Tulang tersebut mestilah dibetulkan kedudukannya dan hendaklah dikawal pergerakkannya sehingga ia sembuh sepenuhnya.

Tahap kesembuhan ini bergantung pada keadaan kecederaan yang dialami.

Keretakan ringan dapat dirawat menggunakan cast dan brace.

Kecederaan berat pula memerlukan pembedahan untuk meluruskan dan menstabilkan tulang dengan betul.

3. Melecur

Kebas Tangan Kiri

Kebakaran atau luka disebabkan oleh bahan kimia pada lengan juga mendatangkan kebas tangan kiri.

Hal ini berlaku bagi kelecuran yang menembusi bahagian kulit dan merosakkan saraf.

Kelecuran ringan boleh dirawat di rumah menggunakan air sejuk, wet compress.

Jika terdapat kecederaan pada kulit, boleh letakkan petroleum jelly.

Satu benda Pokdi nak pesan.

Tolong jangan gunakan mentega atau topical steroid kerana ia boleh membawa kepada jangkitan kuman.

Balut kawasan yang cedera menggunakan non stick bandage, dan biarkan ia sembuh dengan sendirinya.

Pokdi nak pesan lagi ni. Terus ke bahagian rawatan kecemasan jika terdapat kelecuran yang besar, masalah kesihatan yang lain, atau mengalami simptom jangkitan.

Bagi kecederaan luka yang lebih teruk, segeralah hubungi ambulan.

Luka seperti ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan yang lebih rapi.

4. Gigitan serangga

Pokdi nak kongsi fakta dengan anda. 

Setiap sengatan dan gigitan serangga tidak memberikan kesan yang sama pada setiap individu.

Sesetengah individu akan mengalami alahan yang teruk dan sebahagian yang lain pula hanya mengalami kesan sampingan yang ringan.

Ini termasuklah rasa kebas dan rasa mencucuk pada bahagian yang terkena gigitan.

Berikan rawatan ringan dengan mencuci kawasan tersebut dan gunakan cool compress.

  • Gunakan counter antihistamine bagi membantu kurangkan kegatalan.
  • Dapatkan pemeriksaan rawatan jika mengalami symptom seperti berikut:
  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak pada tekak, bibir dan kelopak mata.
  • Loya, kekejangan dan muntah
  • Denyutan jantung bergerak laju.
  • Pengsan atau pening.

5. Herniated Disk

Herniated disk pada bahagian leher boleh menyebabkan rasa kebas, lemah dan rasa mencucuk pada seluruh lengan.

Ia juga boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian lengan, leher atau bahu.

Keadaan ini boleh dirawat dengan mendapatkan rehat, heat and cold applications dan menelan ubat melegakan kesakitan.

Jika keadaan berterusan, berjumpalah dengan doktor. Rawatan pembedahan atau nasihat perubatan mungkin diperlukan.

Cara rawat kebas tangan kiri ni Pokdi ada kongsi dalam artikel-artikel yang lain.

Kalau anda nak jimatkan masa, Pokdi selalu recommend satu produk ni untuk merawat masalah sendi, kebas tangan kanan, kebas tangan kiri dan kebas kaki.

Tahu kenapa Pokdi berani recommend? Sebab Pokdi sendiri dah cuba.

Kawan-kawan Pokdi pun dah cuba dan berjaya.

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian Pokdi mengenai cara menghilangkan kebas kaki dan tangan. Semoga bermanfaat!

Similar Posts