Kebas Tangan Kanan

Terdapat pelbagai punca terjadinya kebas tangan kanan, biasanya ia berpunca dari masalah saraf dan kekurangan nutrisi.

Sesetengah individu akan memandang serius dan selebihnya tidak mengendahkan masalah ini.

Kalau tanya Pokdi, Pokdi memang sentiasa risau bila terjadi kebas tangan kanan ke kebas tangan kiri ke.

Kebas Tangan Kanan

Antara punca utama yang menyebabkan kebas tangan kanan adalah Carpal tunnel syndrome, kesan sampingan ubat dan beberapa perkara lain.

Bagi keadaan yang serius, pesakit kebiasaannya akan mengalami simptom lain yang turut hadir sewaktu kebas tangan.

Dalam sharing kali ini, Pokdi akan kongsi beberapa punca berlakunya kebas tangan kanan, simptom yang sering terjadi dan keperluan untuk berjumpa doktor.

Punca Kebas Tangan Kanan

Berikut merupakan antara punca sering terjadi kebas kanan:

1. Carpal tunnel syndrome

Carpal tunnel syndrome adalah keadaan yang terjadi apabila seseorang melakukan pergerakan secara berulang.

Contohnya adalah pergerakan seperti tangan seperti menaip, menulis dan menekan butang.

Pergerakan yang berlaku memberi tekanan pada median nerve, iaitu saraf utama pada tangan.

Apabila saraf bersimpul, ia akan menyebabkan seseorang mengalami kesakitan, kebas dan rasa mencucuk pada tangan dan lengan.

Carpal tunnel syndrome boleh menjadi semakin teruk jika dibiarkan.

Jadi, Pokdi sangat sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

2. Kesan sampingan ubat

Kebas Tangan Kanan

Sesetengah ubat mendatangkan kerosakan pada saraf dan juga neuropathy. 

Ia boleh menjejaskan urat dan mengakibatkan kebas serta rasa mencucuk pada tahap yang lebih teruk pada bahagian tangan dan kaki.

Ubat tersebut mungkin akan memberikan kesan bahaya kepada myelin sheath atau saraf akson. 

Ia boleh mendatangkan kerosakan dan gangguan aliran saraf.

Senarai jenis ubat-ubatan yang boleh memberikan kesan sampingan adalah:

  • Ubat tekanan darah tinggi dan jantung, seperti amiodarone dan hydralazine.
  • Ubat kanser, seperti cisplatin dan vincristine.
  • Ubat antibiotik, seperti isoniazid dan metronidazole.
  • Ubat seizure, seperti phenytoin.

3. Trauma

Kecederaan anggota juga boleh menyebabkan kebas tangan kanan.

Kecederaan luaran, seperti kemalangan kenderaan, luka, peregangan atau tekanan pada saraf tangan kanan boleh mengakibatkan rasa kebas.

Kalau anda pernah mengalami kecederaan sebelum ini, Pokdi nasihatkan anda bertemu doktor bagi menjalani pemeriksaan untuk mengetahui kesan kecederaan.

Baca Juga : Senaman Hilangkan Kebas Tangan – Jom Buat Sama-sama

4. Diabetes

Kebas Tangan Kanan

Penghidap kencing manis mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi dan cara mengawalnya adalah dengan pengambilan insulin.

Peningkatan kadar gula dalam darah boleh mengakibatkan diabetic neuropathy atau kerosakan saraf.

Kebiasaanya, masalah saraf ini memberi kesan kepada peripheral nerve pada bahagian kaki dan juga tangan, yang akan mengakibatkan kebas dan rasa mencucuk.

Pesakit kencing manis dan yang mengalami simptom di bawah perlu segera untuk dapatkan nasihat doktor.

  • Kerap membuang air kecil
  • Sentiasa dahaga dan lapar
  • Kekurangan berat badan secara tiba-tiba
  • Kabur penglihatan
  • Cepat berasa letih
  • Kulit kering dan luka susah sembuh
  • Mudah di serang jangkitan

Baca Juga : Tangan Kebas Tanda Penyakit Apa – Cegah Sebelum Terlambat

5. Tennis Elbow

Penyakit tennis elbow juga dikenali sebagai lateral epicondylitis dalam bidang perubatan. 

Kecederaan ini disebabkan keradangan dan koyakan kecil pada bahagian lengan kerana melakukan pergerakan secara berlebihan.

Koyakan ini menghasilkan rasa kepedihan di sekitar lengan dan keradangan yang membawa kepada kebas pada tangan.

Ia dinamakan tennis elbow kerana sering terjadi kepada pemain sukan raket, namun boleh terjadi melibatkan aktiviti yang lain.

Nasib baik Pokdi tak kena sebab masa muda dulu Pokdi kira saing-saing Lee Chong Wei.

Antara rawatannya adalah mendapatkan rehat, physical theraphy dan juga ubatan mengurangkan kesakitan dan keradangan.

6. Golfer’s elbow

Golfer elbow adalah sedikit berbeza dari tennis elbow.

Kesakitan yang dialami tertumpu pada bahagian dalam lengan sekitar siku.

Tennis elbow melibatkan bahagian lateral (sisi) siku, manakala golfer’s elbow pada medial epicondylitis (tengah).

Sama seperti tennis elbow, ianya boleh menyebabkan kebas pada tangan.

Physical theraphy, rehat yang mencukupi, dan ubat melegakan kesakitan biasanya dapat membantu pesakit golfer’s elbow mengatasi masalah ini.

Penasihat perubatan akan meminta pesakit membuat pergerakan menguatkan lengan tangan dengan mengenggam bola tenis dan melakukan regangan pergelangan tangan.

Kalau anda nak jimatkan masa, Pokdi selalu recommend satu produk ni untuk merawat masalah sendi, kebas tangan kanan, kebas tangan kiri dan kebas kaki.

Tahu kenapa Pokdi berani recommend? Sebab Pokdi sendiri dah cuba.

Kawan-kawan Pokdi pun dah cuba dan berjaya.

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian Pokdi mengenai cara menghilangkan kebas kaki dan tangan. Semoga bermanfaat!

Similar Posts