Kebas Ibu Jari Kaki

Kebas ibu jari kaki ni bagi Pokdi sangat-sangatlah tak best.

Pokdi pernah kena dulu. Kawan-kawan Pokdi pun ramai yang kena. 

Biasanya ia adalah gejala yang sering dihadapi apabila terdapat masalah pada deria rasa kaki.

Kebas Ibu Jari Kaki

Anda akan mengalami kehilangan deria rasa, rasa mencucuk, atau rasa hangat pada kaki.

Hal ini akan menyebabkan kesukaran untuk berjalan atau rasa sakit yang teramat.

Kebas jari kaki boleh berlaku seketika sahaja. 

Tapi Pokdi nak pesan siap-siap yang ia boleh berubah menjadi penyakit kronik dalam jangka masa panjang.

Keadaan kebas jari kaki yang kronik akan memberi kesan untuk berjalan dan boleh membawa kecederaan dan luka tanpa sedar.

Kebiasaanya kebas jari kaki yang biasa tidak menimbulkan kebimbangan, justeru ramai yang memilih untuk tidak mendapatkan rawatan.

Apa Tanda Kebas Ibu Jari Kaki?

Rasa kebas ibu jari kaki bukanlah perkara biasa yang pada kebiasaannya akan menjejaskan deria rasa pada jari atau permukaan tapak kaki.

Anda akan mengalami rasa mencucuk naik pada keseluruhan deria rasa kaki sehingga rasa kebas itu hilang.

Rasa kebas ini adalah seperti di cucuk dengan jarum atau sesuatu yang tajam.

Hal ini boleh berlaku pada sebelah kaki atau kedua-dua belah, bergantung pada puncanya.

Apa Punca Kebas Jari?

Kebas Ibu Jari Kaki

Tubuh badan kita terdiri daripada gabungan rangkaian saraf yang kompleks yang dapat memberikan rasa sentuhan.

Apabila saraf ini mendapat tekanan, kerosakan atau gangguan, ia adalah seperti terdapat gangguan pada talian telefon yang terputus untuk menghantar pesanan.

Maka terhasilah rasa kebas, sama ada sementara ataupun berpanjangan.

Pandai Pokdi beranalogi. Talian telefon. Fuh.

Terdapat pelbagai keadaan dalam perubatan yang menjadi punca berlakunya kebas jari kaki, antaranya:

  • Ketagihan alkohol
  • Charcot-Marie-Tooth disease
  • diabetes and diabetic neuropathy
  • frostbite
  • Guillain-Barré syndrome
  • herniated disk
  • multiple sclerosis (MS)
  • Simptom mampatan saraf seperti as Morton’s neuroma atau tarsal tunnel syndrome
  • peripheral arterial disease (PAD)
  • peripheral vascular disease (PVD)
  • Raynaud’s disease
  • sciatica
  • shingles
  • spinal cord injury
  • vasculitis, or inflammation of the blood vessels

Sesetengah orang akan mengalami kebas ibu jari kaki sewaktu melakukan senaman, terutamanya selepas melakukan senaman yang memberikan tekanan berlebihan pada kaki seperti berlari atau bersukan.

Kebas Ibu Jari Kaki

Hal ini kerana aliran saraf telah mendapat tekanan sewaktu melakukan senaman.

Rasa kebas ini akan berkurang dengan sendirinya setelah senaman dihentikan.

Baca Juga : Senaman Hilangkan Kebas Tangan – Jom Buat Sama-sama

Jarang sekali, kebas pada kaki menjadi tanda awal berlakunya masalah neurologi yang lebih teruk.

Pokdi nak kongsi beberapa keadaan di mana anda akan mengalami kebas secara tiba-tiba pada sebahagian anggota badan.

Ini boleh terjadi disebabkan:

  • seizure
  • stroke
  • transient ischemic attack (TIA)

Rawatan Kebas Ibu Jari Kaki

Rawatan untuk kebas ibu jari kaki ini bergantung pada penyebabnya.

Kalau diabetic neuropathy adalah penyebabnya, doktor akan mencadangkan ubat-ubatan dan rawatan yang dapat membantu untuk mengawal tahap kandungan gula.

Tingkatkan aktiviti fizikal dan mengawal pengambilan makanan dapat membantu.

Kalau rasa kebas ini terjadi disebabkan tekanan ke atas saraf kaki, maka dinasihatkan untuk menukar jenis kasut yang digunakan.

Seandainya ia berpunca dari pengambilan alkohol, Pokdi nasihatkan berhentilah daripada minum dan mulakan pengambilan multivitamin.

Tambahan kepada saranan di atas, kebiasaannya doktor akan menyarankan untuk mengambil ubat melegakan kesakitan:

  • antidepressants dan anticonvulsants untuk merawat sakit diabetic nerve, termasuklah
  • duloxetine (Cymbalta) dan pregabalin (Lyrica).
  • Ubatan opioids atau opioidlike, seperti oxycodone (Oxycontin) atau tramadol (Ultram)
  • tricyclic antidepressants, termasuklah amitriptyline

Baca Juga : Punca Kaki Kebas – Fakta dan Risiko Yang Ramai Tak Tahu

Rawatan Kebas Ibu Jari Kaki Kronik

Seseorang yang mempunyai kebas ibu jari kaki yang kronik disarankan untuk menjalani pemeriksaan kaki berkala untuk memeriksa sebarang luka dan juga aliran darah pada kaki.

Pokdi selalu pesan untuk anda memastikan kebersihan kaki sentiasa terjaga seperti:

  • Memotong kuku secara lurus, atau dapatkan penyepit kuku dari pejabat pediatrist.
  • Memeriksa kaki setiap hari jika terdapat sebarang luka atau kecederaan termasuk dbawah telapak kaki menggunakan cermin.
  • Menggunakan stokin yang lembut dan tebal yang dapat membantu memberikan keselesaan pada kaki.
  • Menggunakan kasut yang sesuai serta mempunyai ruang hadapan jari kaki untuk bergerak.

Kalau anda nak jimatkan masa, Pokdi selalu recommend satu produk ni untuk merawat masalah sendi, kebas tangan kanan, kebas tangan kiri dan kebas kaki.

Tahu kenapa Pokdi berani recommend? Sebab Pokdi sendiri dah cuba.

Kawan-kawan Pokdi pun dah cuba dan berjaya.

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian Pokdi mengenai cara menghilangkan kebas kaki dan tangan. Semoga bermanfaat!

Similar Posts