Cara menghilangkan kebas tangan ini memang Pokdi teringin sangat nak kongsi dengan anda semua.
Kebiasaannya kebas tangan akan berlaku sebaik sahaja bangun dari tidur.
Ia bukanlah perkara yang terlalu abnormal kerana ramai juga yang mengalaminya.

TAPI…Pokdi nak pesan siap-siap yang kebas tangan ni tak boleh diambil mudah.
Sebabnya ia boleh jadi penanda tahap kesihatan anda.
Jom baca apa yang Pokdi nak kongsi mengenai punca dan cara menghilangkan kebas tangan.
Punca Kebas Tangan

Apa yang Pokdi share ni boleh menjadi punca kebas tangan ketika tidur, punca kebas tangan kanan atau punca kebas tangan kiri.
Pokdi nak anda semua tahu punca tangan kebas dulu bukan apa, barulah mudah untuk pilih cara menghilangkan kebas tangan yang paling sesuai.
Antara punca tangan kebas adalah:
Carpal Tunnel Syndrome

Ia biasanya disebabkan oleh tekanan pada saraf median yang merupakan satu laluan sempit pada bahagian hadapan pergelangan tangan anda.
Rasa mencucuk dan kebas adalah simptom utama masalah ini.
Cervical (Neck) Spondylosis

Masalah ini pula adalah disebabkan oleh keadaan haus dan terhakis pada spinal disks didalam bahagian tengkuk anda akibat faktor usia.
Ia akan mengakibatkan ruang didalam cervical spine anda menyempit dan mengakibatkan tekanan pada nerve root atau spinal cord anda.
Hal ini sekaligus akan mengakibatkan rasa kebas dan mencucuk pada tangan anda.
Ia juga boleh menjadi punca kaki kebas.
Diabetes Mellitus (Kencing Manis)

Penyakit ini pula merupakan diantara penyakit kronik yang akan mengakibatkan gula dalam darah menjadi tinggi.
Ia akan berlaku apabila badan anda tidak bertindak balas dengan insulin secara efektif atau penghasilannya tidak mencukupi.
Kebiasaannya hampir separuh daripada pesakit diabetes akan mengalami kerosakan saraf yang sekaligus akan mengakibatkan:
- Rasa sakit pada tangan
- Rasa kebas tangan
- Rasa tangan lemah
Postur Tidur

Punca kebas tangan ini juga boleh menjadi cara menghilangkan kebas tangan jika anda melakukannya dengan betul.
Postur anda sewaktu tidur akan memberikan tekanan terhadap tangan anda.
Jika salah postur anda, ia akan menyulitkan pengaliran darah untuk sementara waktu sekaligus menyebabkan rasa kebas tangan atau mencucuk pada tangan.
Biasanya ia dapat dirawat semudah dengan mengubah postur tidur anda.
Punca Tangan Kebas Yang Lain

Sebenarnya ada banyak lagi punca kebas tangan. Tapi Pokdi huraikan yang kebanyakan orang di Malaysia alami.
Antara punca lain yang ada:
- Kekurangan vitamin B-12
- Kemoterapi
- Rheumatoid arthritis
- Multiple sclerosis
- Lupus
- Lyme disease
- HIV and AIDS
- Syphilis
- Sjögren’s syndrome
- Hypothyroidism
- Guillain-Barré syndrome
- Raynaud’s phenomenon
Cara Hilangkan Kebas Tangan
Haaa.. Sampai pun part untuk Pokdi kongsi cara menghilangkan kebas tangan.
Cara menghilangkan kebas tangan ni sebenarnya bergantung kepada punca tangan kebas.
Tapi jangan risau, Pokdi akan kongsi juga cara hilangkan kebas tangan yang paling sempoi.
Baca sampai habis.
Bersenam

Memang Pokdi akan kata yang ni cara menghilangkan kebas tangan yang paling mudah untuk dibuat.
Ia akan bantu menghilangkan simptom kalau anda ada masalah carpal tunnel syndrome dan akan turut meningkatkan kekuatan kalau anda ada otot yang lemah.
Aktiviti regangan, kekuatan dan senaman yang melibatkan postur yang betul akan turut membantu menghilangkan simptom cervical spondylosis.
Memakai Splint atau Wrist Guards

Penggunaan alatan ini akan membantu untuk mengurangkan tekanan pada saraf median anda.
Sangat sesuai dipakai sewaktu anda melakukan aktiviti yang berulang seperti menaip dan sebagainya.
Rawatan Topikal

Lidocaine patches dan capsaicin cream boleh dipakai pada kulit.
Ia akan memberikan kelegaan kepada rasa sakit yang sederhana.
Penggunaan topical menthol mampu mengurangkan rasa sakit pada carpal tunnel.
Vitamin B-12

Kan tadi Pokdi ada mentioned kekurangan vitamin B-12 boleh jadi punca kebas tangan kan?
Jadi, cara menghilangkan kebas tangan boleh juga dilakukan dengan mengambil vitamin B-12. Simple kan?
Ada beberapa lagi cara menghilangkan kebas tangan yang boleh dibuat seperti:
- Pengambilan antidepressants
- Pengambilan antiseizure
- Pembedahan
Jap. Sebenarnya ada satu lagi cara menghilangkan kebas tangan yang Pokdi nak share.
Dulu, Pokdi sendiri ada masalah kebas tangan ni.
Tapi, Pokdi ada ambil satu produk ni nama dia Garci Pro.
Sempoi tak sempoi produk ni, bukan Pokdi seorang yang dah sembuh.
Ada lebih dari 33,987 orang dah pengguna Garci Pro yang dah berjaya merawat masalah kebas tangan, kebas kaki, sakit lutut dan masalah sendi.
