Cara menghilangkan kebas kaki dan tangan yang Pokdi nak share kali ni special sikit.
Sebabnya? Pokdi yang share. Hahaha
Tak tak. Pokdi gurau je.

Kalau nak tahu kenapa, Pokdi nak ajak anda baca dulu sampai habis. Okay?
Kebas kaki dan tangan ni boleh berlaku kepada mana-mana individu.
Terutamanya buat mereka yang duduk terlalu lama dalam posisi yang membuatkan tekanan tinggi pada saraf.
Ia sekaligus akan mengurangkan aliran darah.
Namun, Pokdi nak pesan siap-siap kalau anda mengalami masalah kebas kaki dan tangan ini terlalu lama, mungkin ada masalah lain sebenarnya.

Antara punca biasa yang menyebabkan kebas kaki dan tangan adalah:
- Multiple sclerosis (MS)
- Diabetes (kencing manis)
- Peripheral artery diseases
- Fibromyalgia
Rasa kebas ini boleh berlaku pada keseluruhan kaki, dibawah lutut atau pada bahagian-bahagian lain pada kaki.
Untuk perkongsian kali ini, Pokdi akan fokus lebih pada kebas kaki dahulu.
Pokdi jemput anda baca artikel berkaitan selepas ini : Punca Kebas Tangan – Penanda Tahap Kesihatan Anda?
Punca Kebas Kaki dan Tangan
1. Postur

Sebenarnya masalah postur ini merupakan tabiat yang kita semua sudah biasa.
Jadi, susah sikit untuk kita betulkan masalah ini.
Tapi takpe. Pokdi suka untuk ajak anda “betulkan yang biasa dan biasakan yang betul”.
Sesetengah postur akan mengakibatkan tekanan pada saraf dan mengurangkan aliran darah pada anggota badan anda.
Ia akan menjadi punca utama anda berasa kebas kaki yang sementara.
Ada juga yang kata kaki mereka “tertidur”.
Dalam istilah perubatannya ia dikenali sebagai transient paresthesia.
Antara tabiat lain yang akan menyebabkan berlakunya masalah ini adalah:
- Menyilangkan kaki terlalu lama
- Duduk atau melutut terlalu lama
- Duduk diatas kaki
- Memakai seluar, stokin atau kasut yang terlalu ketat
- Cedera

Kecederaan pada badan, tulang belakang, pinggang, kaki, buku lali dan tapak kaki akan menyebabkan tekanan pada saraf.
Ia akan mengakibatkan kebas kaki dan tangan.
Jadi, cara menghilangkan kebas kaki dan tangan yang pertama adalah dengan membetulkan postur anda.
2. Diabetes

Sesetengah daripada mereka yang mengalami masalah diabetes akan mempunyai masalah kerosakan saraf.
Masalah ini dikenali sebagai diabetic neuropathy.
Diabetic neuropathy akan mengakibatkan rasa kebas, rasa mencucuk dan sakit pada kaki.
Cara rawatan untuk mereka yang mengalami masalah diabetes pula adalah sedikit susah.
Hal ini kerana anda perlu memastikan anda dapat sembuh daripadanya dahulu.
3. Isu Tulang Belakang dan Sciatica

Masalah pada bahagian bawah belakang badan akan mengakibatkan mampatan pada saraf yang menghala ke kaki.
Keadaan ini akan mengakibatkan kebas kaki atau mengganggu deria.
Cara menghilangkan masalah ini pula adalah dengan mendapatkan rawatan daripada pakar.
Simptom Kebas Kaki

Masalah kebas adalah salah satu daripada simptom yang berkaitan dengan kebas sementara atau kebas kronik.
Kebanyakan orang yang mencari cara menghilangkan kebas kaki dan tangan akan turut merasai beberapa simptom dibawah ini:
- Rasa kesemutan
- Rasa keradangan
- Rasa seperti digeletek
- Rasa gatal
- Rasa seperti ada sesuatu bergerak dibawah kulit
Rawatan Untuk Cara Menghilangkan Kebas Kaki dan Tangan
Rawatannya adalah bergantung sepenuhnya kepada punca kebas tersebut.
a. Ubat-ubatan

Antara ubat yang digunakan untuk merawat masalah ini adalah:
- Antidepressants. Sesetengahnya seperti duloxetine dan milnacipran telah diluluskan untuk rawatan fobromyalgia.
- Corticosteroids. Ada diantaranya mampu untuk mengurangkan rasa keradangan dan kebas.
- Gabapentin dan pregabalin. Ubat-ubatan ini pula akan menghalang atau mengubah isyarat saraf sekaligus membantu untuk mengurangkan rasa kebas.
b. Rawatan Semulajadi

Ada beberapa rawatan semulajadi yang Pokdi sarankan yang mampu membantu dalam melegakan dan menjadi salah satu cara menghilangkan kebas kaki dan tangan.
- Rehat. Nampak macam simple tapi percayalah banyak masalah kebas kaki dan kebas tangan dapat dikurangkan dengan berehat.
- Ais. Ia dapat membantu mengurangkan bengkak yang boleh memberikan tekanan pada saraf. Tuam pada kawasan kebas selama 15 minit untuk beberapa kali sehari.
- Haba. Ia membantu dalam mengurangkan tekanan oleh otot. Namun, elakkan daripada terlebih mendedahkan haba pada bahagian-bahagian kebas tersebut.
- Urutan. Urutan pada kaki kebas dan tangan kebas dapat meningkatkan aliran darah dan menjadi cara menghilangkan kebas kaki dan tangan yang berkesan.
- Bersenam. Kekurangan senaman yang betul akan menyebabkan jantung dan saluran darah menjadi lemah. Ia sekaligus akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah badan anda.
- Alat sokongan. Ia akan membantu mengurangkan tekanan pada bahagian-bahagian tertentu badan.
- Tidur. Kebiasaannya penyakit-penyakit kronik ini sangat berkait rapat dan menjadi lebih teruk apabila kurangnya tidur yang teratur.
Kalau nak tahu, ada beberapa lagi cara menghilangkan kebas kaki dan tangan yang anda boleh cuba.
Sebagai contoh, ada satu produk ni Pokdi memang sangat-sangat recommend kalau ada yang nak bagi kebas dia hilang segera.
Tahu kenapa Pokdi berani recommend? Sebab Pokdi sendiri dah cuba.
Rasanya setakat ini sahaja perkongsian Pokdi mengenai cara menghilangkan kebas kaki dan tangan. Semoga bermanfaat!
